Euro 2008

Posted On 11:44 PM by dr-fritzs |

Ahaaaaa....Euro 2008 telah kembali. Aku baru je abes nyembang ngan member game online aku "The Travian" nama game tu. Mamat ni nameye pelik ckit, aku pun tak gheti eja sebab... Ntahlah, bertitik tanda banyak sangat. So ye aku just panggil die "YOU". Hahahaha..

Dia ni berasal daripada Austria. Austria nila venue bagi Bola Sepak Euro 2008 ni.Antara perkara yang aku sembang ngan dia ialah :-

(a) Mestilah Mengenai Bola Sepak.

Masa aku dok melayan cite die ni, aku pujilah pasal bola sepak european yang sentiasa tip top. Tapi aku agak malu juga bila dia menyatakan bahawa bola sepak Asia tiada sebarang perkembangan yang memuaskan. Aku terima hakikat itu n dia sebelum cakap macam itu sempat minta maaf. Bagus juga owg putih ni. Hahahah... dia punya target sama ada Italy atau Geman yang akan jadi juara. Aku pula berlainan, aku target Portugal atau pun Spain. Sama2la saksikan.

(b) Sejarah Austria.

Dia ni weng juga kepala ye. Kenapa aku cakap cam tu? Ada ke patut dia cakap

"I think nobody in the world know where is Austria and maybe didnt know its exist as map of the world..."

Lebih kurang camtula ayat nye. Aku pun jawablah, kat Malaysia, aku jamin 80% warganegaranya tahu kat mana Austria sebab sistem pembelajaran kat sini bersifat General dan bukanya khusus kepada satu subjek sahaja. Then,dia macam kesal sebab ramai owg tak tau asal usul negaranya. Dia silap sebab sembang dengan owg amek sejarah cam aku. Bukanlah nak poyo, tapi aku tau la jugak sejarah negaranya ckit2. Sekurang2 ye aku leh wat die berbangga same negaranya. Ahahahah...

Erm...itulah antara perkara menarik masa aku men game online dengan die, sebenarnya bayak lagi, tapi yang aku nak highlight kan itu jela...Okey, chow..
| edit post
0 Response to 'Euro 2008'