Welcome Back

Posted On 1:41 AM by dr-fritzs | 0 comments

Lalalalalalalalalalala...
| | edit post

Balik Kampung : Raya Raya !!!

Posted On 11:51 AM by dr-fritzs | 2 comments

Jaga2,rumah kowangla yang aku nak serbu nanti..hahaha..










Dah pukul 2.55 pagi ni, tapi aku still tak boleh lelapkan mata. Mana taknya,pukul 9.30 malam tadi aku dah tertidur keletihan. Pejam celik tup tap..Eheh, dah nak raya dah ?? Sebenarnya aku pun tak sabar. Tak sabar sebab dapat balik kampung. Cepat-cepatlah cuti,nak release tension kat kampung. Bak kata pepatah,hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri. Sedangkan tempat jatuh lagi dikenang,inikan pula tempat sendiri. Hahahaha...


Tapi malangnya,aku hanya dapat bercuti n raya di kampung kejap sangat. Beraya cuma 4 hari je kat kampung. Sedih sungguh. Aku hanya boleh serbu rumah tunang aku,rumah member2 aku terdekat and sedara2 aku jela. Sedih giler...Dahla member2 Ex Maahadian nak wat konvoi, tak dapat aku follow diowang. Guys.. I miss u all a lots.. Terkenang pulak zaman dok asrama ngan diowang semue. Macam2 kenangan aku alami ngan diowang. Takpela, kenangan tetap kenangan.

Hmm..esok malam ada present subjek Minor aku, aplikasi Tabaruq dalam takaful di Malaysia. Cuak juga ni, harap2 okla. Hope ye si Koai@Abdul Kohar n Ijat dapat jadi tulang belakang yang kukuh dalam present kali ni.

Kepada member2 aku kat kampung Bagan tercinta tu, standbye kepulangan aku. Rancang projek baik2 punya untuk sambut kepulangan aku ni. Huahuahuahauhua... bajet cam VIP plak aku ni...Geli jer..Hahahaha..
| | edit post

Kemalangan Jalan Puasa

Posted On 1:44 AM by dr-fritzs | 3 comments







Berhati-hatilah di Jalan Raya, Anda Mampu Mengubahnya !!! Tapi sekiranya kalau berhati2 pun, kalau org lain tak berhati-hati, sama jugak. Jadiye cam aku lah ni. Dah nama pun naik motorsikal, risikonya 200% la jadinya.


Pada suatu malam yang sayup,malam pembukaan sebelum puasa,aku ngan member aku menaiki motorsikal bersama2. Tujuanya nak pi solat terawih. Tapi sebelum naik motor, Ijat dah offer nak bawak motor dah, tapi aku menolaknya ngan rela. Entah kenapa malam tu aku menolak pelawaan org PRO bawak moto. Isk Isk Isk... Ada petanda tu.

So aku bawaklah motor tu ngan penuh berhati2nya...Kenape?? Tak percaya ke?? Korang tanyalah budak2 UPSI ni, aku ni kalau bawak motor takat 20-30 Km/J tau...tetapi apakan daya,benda nak jadi.

So setibanya di satu persimpangan 3 kawasan jalan Ketoyong,ada sebuah motor Ex-5 keluar meluru tanpa melihat kiri dan kanan. Ijat jerit ... "Woihhhhhhhhhh....Brekkk Zidddddddd !!!! "...Aku pun tak ingat sangat. Aku tekan brek mengejut,tapi dah tak sempat....

Boooommmmm !!!! Aku jadi SUPERMAN terbang ke tanah, n Ijat jadi SUPERMAN terbang ke atas. Cuba kowang bayangkan,aku ngn Ijat just pakai baju Melayu n kain pelikat je...Sedar2 je..aku dah terbaring,Ijat aku tak nampak kat mane. Aku langsung takleh bangun. Dagu aku rasa sejuk je,berangin...Tapi takleh bergerak. Orang start berkerumun kat aku. And then,diowang angkat aku masuk dalam Van. Mase diowang angkat,aku tgk motor aku..."Fokk aku patah???..."

Masa dalam Van,aku terbaring. Aku ludah ckit ke tangan aku. Adushhh... Serpihan gigi aku siuttt...Arghhhhh....








Antara kesan luka yang ada kat lutut aku. Takpala, just bleeding luaran je. La ni dah kering dah. Alhamdulillah. Cuma aku nak ceritalah, mase die cuci, Ya Allah... Azabnya...Diowang cuci cam Mak Leha cuci kain kat tepi sungai Batu Pahat tu... Sakit gilerrrr... Aku ingatkan aku sowang jerr..Tgk sebelah, si Ijat ngah kene cuci. Die pun same je cam aku. Tak tahan siutttttt...









Rupe2 ye,yang aku rasa sejuk2 kat dagu tu,dagu aku koyak teruk. Nampak tulang tuuu... Kacak dan bergaya. Lihat tu, berbungkus molek. Aku dahde pangkat bawah dagu dah sekarang ni. hehehehe..










Inilah motor aku selepas diangkut gune Pajero. Fokk nya disambung gitu2 je. Syg aku tak amek gambar awal2.. Nak amek camane,tangan pun terketar2 time tu... ishhh... Yang penting la ni motor ni dah diperbaik semula. Aku still fobia lagi ni. Ngeri jugak la..So ye,berhati2lah di Jalan Raya.. Anda mampu mengubahnya, Ingatlah org tersayang.

| | edit post

Salam Blogger

Posted On 11:18 PM by dr-fritzs | 0 comments


Sekadar Gambar Hiasan : Rujukan Daripada Kamera Pinjam Firdaus Md Zin

Assalamualaikum & Selamat Daripada Segala Macamnya...

Lama sudah, aku tak update kejadah blog ni... sebab utama takda gambar. Bak kata member aku Syafrin, "no pic, no Syiukkk maaaa".... Kata dia, bukan aku. Aku terjebak je..

Ok, untuk kawan2 aku yang dah start berblogger disamping menjadi seorang Publisher, aku harapkan korang maintain sempoi dalam bidang ni. Jangan putus asa. Insyallah, ada rezeki, tak ke mana. Asalkan usaha berterusan. Aku tak tau nak kabo kebenda lagi dalam edisi post kali ni. Aku try nak upload gambar2 baru. Tetapi usb cable nset aku rosak daaa... Tu yang tak best tu...

Okla...Bosan2 ni, sesiapa yang rase nak main game klik2 kat internet, sila ikut pautan / link kat bawah ni :-

1. Travian.com

Game ni kire okla..Ala2 cam sim city, tetapi berkonsepkan kerajaan Zaman Pertengahan Eropah. Ada pihak Rom, Gaul Dan Juga Teuton. Sekiranya berminat, daftar je. Pas2 jgn lupe pakai server Malaysia. Manela tau aku leh tolong2 nanti. Hehehehe..

Selamat mencuba !!!

2. Ikariam.org

Game ni pun lebih kurang je cam atas. Nak main, sila daftar percuma. Pas2 daftar sebagai server My ye.. Aku ye nick maintain drfritzs. Cari jela...

So, itu jela.. Selamat Berblogger...

| | edit post

Cek Pertama Aku ... Alhamdulillah...

Posted On 11:03 AM by dr-fritzs | 2 comments



















Salam Semua,....

Alhamdulillah, akhirnya setelah lama aku menunggu, akhirnya dapat juga aku merasa hasil daripada aku menjadi PUBLISHER berdaftar ini. Mungkin ada yang tertanya, apa kejadahnya publisher ni??

Publisher ni adalah satu pekerjaan yang mulia. Anda hanya menjadi pengiklan dan iklan itu diletakkan dalam blog mahupun website anda. So ya, pengunjung yang melawati blog ataupun website anda itu, apabila terlihat iklan yang ada lalu mengklik iklan demikian, anda akan mendapat komisenya. Antara syarikat yang menyediakan khidmat Publisher ini ialah seperti Google Adsense, Chitika, Adbrite dan bayak lagi.

Cek ini menjadi sumber semangat aku untuk terus berusaha dalam bidang ini. Tak rugi pun kita mencuba. Tapi mencuba, biarlah sampai ke akar umbinya. Jangan jadi macam aku awal-awal dulu. Jadi tak bersemangat n hangat-hangat tahi kambing, lembu, ayam, itik dsb.

Alang-alang menyeluk kocek, aku ingin mengajak korang jenguk2 blog2 aku yang lain :-

1. Blog Paid To Search aku : www.fund4u.blogspot.com

2. Blog Pasal lawak2 : www.justforlaughvideo.blogspot.com

3. Blog Manchester United : www.manceutd.blogspot.com (Still Under Construction)

Okla, itu jela celoteh aku setakat ini. Tiang Ku kerana sudi baca. Adiozzz~..



| | edit post

Berfikir, Meneliti, Merumus, Menyimpul.

Posted On 5:00 AM by dr-fritzs | 0 comments

Jam menunjukkan 8.01 p.m,

Aku masih terngiang-ngiang dengan apa yang dikuliahkan oleh Professor Dr Adnan Nawang. Kebetulan pula aku yang membentang pada hari itu. Tajuk pembentangan aku mengenai Dr Burhanuddin Al-Helmi. Alhamdulillah group aku dapat membentangkan dengan baik di samping penyelitan unsur humor dalam pembentangan agak menarik perhatian audien yang lain.

Selepas pembentangan, aku agak tertarik dengan kata-kata Dr. Adnan berkaitan isu politik negara. Iyalah, sekarang ni isu politik Malaysia merupakan satu tajuk bualan yang cukup hangat.

Pertamanya, dia langsung tiada menanmpakkan reaksinya menyebelah mana2 pihak ataupun parti. Apa yang dikatakannya, Malaysia ini masih terpengaruh dengan idea penjajahan barat. Bermakna warganegara Malaysia masih belum bebas daripada cengkaman budaya penjajah. Apakah budaya-budaya penjajah ini ??

1. Feudalisme : Terikat dengan kuasa atasan sehingga tidak bebas bersuara.

2. Bangsa : Malaysia is Malaysia. Not for Malay, Chinese, Indian or other ethnics. Malaysia bermaksud semua warganegaranya adalah Bangsa Malaysia, Bahasa Malaysia dsb. Negara Malaysia bukan negara berbangsa lagi. Kita hidup sebagai bangsa Malaysia. Bangsa Cina berada di Negara Cina. Bangsa India berada di India. Kita adalah bangsa Malaysia.

3. Emosi : Sentimen emosi jika tak dapat sesuatu yang dikehendaki. Tidak mahu bersikap profesional. Itu yang asal tak puas hati, hentam or sound. Kenapa harus kita tengok kepada kesan sesuatu terjadi ?? Mengapa kita tak tengok kenape sesuatu perkara itu terjadi ??

4. Sekular : Pemisahan Islam daripada aspek kehidupan. Islam langsung tak boleh dipisahkan daripada kehidupan termasuklah politik, ekonomi dan sosial. Pemisahan ini merupakan idea penjajah. Oleh sebab itu, ramai dikalangan kita bila disebut Islam, hanya tertumpu kepada ibadah semata2.

5. Fanatik : Ini agak politik sedikit, dimana kesilapan PAS ?? Fanatik agama sehingga tidak balance keduniaan dan keakhiratanya. Sepatutnya, perlu balance kedua2nya. Di mana kesilapan UMNO ?? Fanatik budaya dan bangsa. Ini lagilah teruk, takda balance langsung antara agama dan dunia.

Pokok pangkalnya, berfikir ke atas sesuatu perkara yang berlaku. Membuat penelitian dan merumus dengan seadilnya. Barulah kita membuat sesuatu keputusan.
| | edit post

Im Not Single

Posted On 11:05 AM by dr-fritzs | 4 comments

Salam Sejahtera Semua !!!!

Sungguh lama aku dan diriku tak mengupdate blog aku yang kian tersemak-samun ini. Ok, back to the topic. So tujuan kali ini untuk aku update ialah "Im Not Single" . Apa kejadahye ni. Ahaaa.. Apa yang aku nak sampaikan ialah mengenai kawan-kawanku yang selama ini menyepi sepi kesunyian dahagakan kasih sayang seorang insan bernama wanita. Uhukz~.

Di bawah ini merupakan top list aku. Sama-sama kita saksikan.




















Opppsss.. Jangan tersalah tengok ok?? Sila tatap gambar orang yang memakai baju belang itu, alah yang ngah wat muka macho die tu?? Nama dia Syafrin AKA Napster. Beliau berumur 22 tahun. Sudah memegang title single hampir 2 tahun lamanya.




Namun kini, beliau telah ada skandal merangkap gossip panas yang hot juga ... ermm.. Kekasih hati. Sekiranya benar berita ini, maka dengan sahnya beliau bakal mengakhiri zaman single die bersama si "F". Siapa pula si "F" ini ?? Adakah Fatimah, Fatiha, Fatin Nabila, Farhana, Farau, Fari-Fari mahupun Farina.. Aippp.. Farina tu tunang aku.. Iskk. Iskk..



Dalam serbuan saya minggu lalu ke rumahnya, saya telah dapat sekodeng beliau bersama2 si "F" dalam majlis BBQ dinner all Nights. Tapi apakan daya, kamera saya telah terjatuh di tepi parit rumahnya. Maafkan saya, gambar hot mereka itu tak dapat saya selitkan dalam paparan ini.



Jelasnya diharapkan mereka ini akan rasminya memberitahu rakan2 taulan, peminat2, wartawan2, media2 mengenai hubungan mereka.





















Ini pula Sang Mirul atau nama sebenarnya Nazmirul. Khabarnya dia ini menjadi mangsa percintaan yang penuh tragis. Iya cukup tragis. Saya juga sedih mendengar luahan hatinya. Apa yang saya boleh katakan kepadanya,
" Go Go Gadjet Go !!!" .....Hahahaha... Jangan mara mirul. Gurau je. Nasib sentiasa menghalangnya untuk menjadi pencinta wanita yang setia. Semua wanita yang cuba dicintainya akhirnya jatuh ke hati lelaki yang lain. Mungkin tak sampai serunya. Bak kata si Syafrin. Bukan aku ehh ??



So ye, aku tetap melabelkan die ini Jejaka kesepian Malaya + Jejaka kekesian. Namun hakikatnya sekarang. Dia ni merangkap kawan aku dah ada orang "BELA". Thats mean kekasih hati la. Tahniahla aku ucapkan kepada saudara Mirul ini. Semoga anda berbahagia bersama si "I". Aku tumpang gembira.

















Ini pula top list aku yang ketiga. Orangnya sentiasa cool, tenang, agak macho dan title tag die ni tetap aku takleh lupa
" World Is Not Fair"... Hahaha.. Jangan mara.. Nurullah atau panggilan mesranya Matt merupakan jejaka yang aku golongkan Im Not SiNGLE. Dia ni selalu kata



" Aku ni single lagi, takda sape nak kat aku..."



Ayat ini menyebabkan aku terasa geli peparu mendengarnya. Bak kata orang, malu2 untuk memberitahu. Cerita dia ni lebih kurang dengan Mirul. Sentiasa menjadi mangsa keadaan, but cerita die agak advanced berbanding Mirul.

Pendirian ye untuk bersembunyi daripada memberitahu kisah cintanya terkini menyebabkan aku membuat penafsiran tersendiri. Antara hujah2 aku :-




1. Sekiranya single, kenapa nset selalu berbunyi (datang MSG n Cal In)



2. Sekiranya msg masuk dalam tel anda, kenape perlu sorok2 ??



3. Kalau ada call, kenapa perlu bercakap di tempat lain ??



4. Bila ditanya siapa kekasih hati ko sekang ?? Knp berdalih dengan muka Cute ko tu ??



5. Kenapa ko sangat ceria sekang ni ?? Lain daripada yang lain, tak seceria yang dulu ??



Hahaha.. Jwab ko Matt... Jangan mara Matt, aku guro2 je..




So ye, itu jela upmonth aku yang terkini, kepada mereka yang terlibat, jangan la mara.. Aku sekadar bergurau senda bersama kalian. Kalau mara, maaf2kan jela.. Peace...
| | edit post