Im Not Single

Posted On 11:05 AM by dr-fritzs |

Salam Sejahtera Semua !!!!

Sungguh lama aku dan diriku tak mengupdate blog aku yang kian tersemak-samun ini. Ok, back to the topic. So tujuan kali ini untuk aku update ialah "Im Not Single" . Apa kejadahye ni. Ahaaa.. Apa yang aku nak sampaikan ialah mengenai kawan-kawanku yang selama ini menyepi sepi kesunyian dahagakan kasih sayang seorang insan bernama wanita. Uhukz~.

Di bawah ini merupakan top list aku. Sama-sama kita saksikan.




















Opppsss.. Jangan tersalah tengok ok?? Sila tatap gambar orang yang memakai baju belang itu, alah yang ngah wat muka macho die tu?? Nama dia Syafrin AKA Napster. Beliau berumur 22 tahun. Sudah memegang title single hampir 2 tahun lamanya.




Namun kini, beliau telah ada skandal merangkap gossip panas yang hot juga ... ermm.. Kekasih hati. Sekiranya benar berita ini, maka dengan sahnya beliau bakal mengakhiri zaman single die bersama si "F". Siapa pula si "F" ini ?? Adakah Fatimah, Fatiha, Fatin Nabila, Farhana, Farau, Fari-Fari mahupun Farina.. Aippp.. Farina tu tunang aku.. Iskk. Iskk..



Dalam serbuan saya minggu lalu ke rumahnya, saya telah dapat sekodeng beliau bersama2 si "F" dalam majlis BBQ dinner all Nights. Tapi apakan daya, kamera saya telah terjatuh di tepi parit rumahnya. Maafkan saya, gambar hot mereka itu tak dapat saya selitkan dalam paparan ini.



Jelasnya diharapkan mereka ini akan rasminya memberitahu rakan2 taulan, peminat2, wartawan2, media2 mengenai hubungan mereka.





















Ini pula Sang Mirul atau nama sebenarnya Nazmirul. Khabarnya dia ini menjadi mangsa percintaan yang penuh tragis. Iya cukup tragis. Saya juga sedih mendengar luahan hatinya. Apa yang saya boleh katakan kepadanya,
" Go Go Gadjet Go !!!" .....Hahahaha... Jangan mara mirul. Gurau je. Nasib sentiasa menghalangnya untuk menjadi pencinta wanita yang setia. Semua wanita yang cuba dicintainya akhirnya jatuh ke hati lelaki yang lain. Mungkin tak sampai serunya. Bak kata si Syafrin. Bukan aku ehh ??



So ye, aku tetap melabelkan die ini Jejaka kesepian Malaya + Jejaka kekesian. Namun hakikatnya sekarang. Dia ni merangkap kawan aku dah ada orang "BELA". Thats mean kekasih hati la. Tahniahla aku ucapkan kepada saudara Mirul ini. Semoga anda berbahagia bersama si "I". Aku tumpang gembira.

















Ini pula top list aku yang ketiga. Orangnya sentiasa cool, tenang, agak macho dan title tag die ni tetap aku takleh lupa
" World Is Not Fair"... Hahaha.. Jangan mara.. Nurullah atau panggilan mesranya Matt merupakan jejaka yang aku golongkan Im Not SiNGLE. Dia ni selalu kata



" Aku ni single lagi, takda sape nak kat aku..."



Ayat ini menyebabkan aku terasa geli peparu mendengarnya. Bak kata orang, malu2 untuk memberitahu. Cerita dia ni lebih kurang dengan Mirul. Sentiasa menjadi mangsa keadaan, but cerita die agak advanced berbanding Mirul.

Pendirian ye untuk bersembunyi daripada memberitahu kisah cintanya terkini menyebabkan aku membuat penafsiran tersendiri. Antara hujah2 aku :-




1. Sekiranya single, kenapa nset selalu berbunyi (datang MSG n Cal In)



2. Sekiranya msg masuk dalam tel anda, kenape perlu sorok2 ??



3. Kalau ada call, kenapa perlu bercakap di tempat lain ??



4. Bila ditanya siapa kekasih hati ko sekang ?? Knp berdalih dengan muka Cute ko tu ??



5. Kenapa ko sangat ceria sekang ni ?? Lain daripada yang lain, tak seceria yang dulu ??



Hahaha.. Jwab ko Matt... Jangan mara Matt, aku guro2 je..




So ye, itu jela upmonth aku yang terkini, kepada mereka yang terlibat, jangan la mara.. Aku sekadar bergurau senda bersama kalian. Kalau mara, maaf2kan jela.. Peace...
| edit post
4 Response to 'Im Not Single'
  1. Napster
    http://azid2u.blogspot.com/2008/08/im-not-single.html?showComment=1219556880000#c1114606396569899970'> August 23, 2008 at 10:48 PM

    hahaha buduh neh!
    kAHkahKAHkhaKAH...
    aku tgh mencuba...
    doakan aku...
    tp kadang2 aku letih jugak...aduyai,hentah la.

     

  2. Anonymous
    http://azid2u.blogspot.com/2008/08/im-not-single.html?showComment=1222018560000#c144849981893387413'> September 21, 2008 at 10:36 AM

    nape aku tak pasal2 aku leh involved ngn phase "im not single" ??

    sedangkn sudah terbukti ke'single'an aku.. ahahahha

    dunia adil bro..

    p/s: saprin + mirol = dah ade awek
    mat = single (hahaha)

     

  3. Anonymous
    http://azid2u.blogspot.com/2008/08/im-not-single.html?showComment=1222020960000#c9107262747017109674'> September 21, 2008 at 11:16 AM

    msg??? call?? cakap jaoh2??? hahhahahaa sumer tuh rahsia..
    da truth is "im single"
    ketok gak azid nih.
    cis2!!!!

    p/s:slamat la aku bace blog nih. klo x kne kutuk secara dia la la yer aku. isk3... sabo2..

    oi!! smoga sembuh sepenuhnya..
    jom braya sakan lg!!!!!

     

  4. dr-fritzs
    http://azid2u.blogspot.com/2008/08/im-not-single.html?showComment=1222036080000#c7330484350282275112'> September 21, 2008 at 3:28 PM

    Lalala...

    Eheh..ade org terasa ke??Hehehe..

    Lahai bro,bukan mengutuk,ini mau mendoakan kesajteraan ko,mudah2an dikurniakan anak cepat2..aminn..

    hahaha..Ntah pape je aku taip ni..Matt puye pasal la ni..