Berfikir, Meneliti, Merumus, Menyimpul.

Posted On 5:00 AM by dr-fritzs |

Jam menunjukkan 8.01 p.m,

Aku masih terngiang-ngiang dengan apa yang dikuliahkan oleh Professor Dr Adnan Nawang. Kebetulan pula aku yang membentang pada hari itu. Tajuk pembentangan aku mengenai Dr Burhanuddin Al-Helmi. Alhamdulillah group aku dapat membentangkan dengan baik di samping penyelitan unsur humor dalam pembentangan agak menarik perhatian audien yang lain.

Selepas pembentangan, aku agak tertarik dengan kata-kata Dr. Adnan berkaitan isu politik negara. Iyalah, sekarang ni isu politik Malaysia merupakan satu tajuk bualan yang cukup hangat.

Pertamanya, dia langsung tiada menanmpakkan reaksinya menyebelah mana2 pihak ataupun parti. Apa yang dikatakannya, Malaysia ini masih terpengaruh dengan idea penjajahan barat. Bermakna warganegara Malaysia masih belum bebas daripada cengkaman budaya penjajah. Apakah budaya-budaya penjajah ini ??

1. Feudalisme : Terikat dengan kuasa atasan sehingga tidak bebas bersuara.

2. Bangsa : Malaysia is Malaysia. Not for Malay, Chinese, Indian or other ethnics. Malaysia bermaksud semua warganegaranya adalah Bangsa Malaysia, Bahasa Malaysia dsb. Negara Malaysia bukan negara berbangsa lagi. Kita hidup sebagai bangsa Malaysia. Bangsa Cina berada di Negara Cina. Bangsa India berada di India. Kita adalah bangsa Malaysia.

3. Emosi : Sentimen emosi jika tak dapat sesuatu yang dikehendaki. Tidak mahu bersikap profesional. Itu yang asal tak puas hati, hentam or sound. Kenapa harus kita tengok kepada kesan sesuatu terjadi ?? Mengapa kita tak tengok kenape sesuatu perkara itu terjadi ??

4. Sekular : Pemisahan Islam daripada aspek kehidupan. Islam langsung tak boleh dipisahkan daripada kehidupan termasuklah politik, ekonomi dan sosial. Pemisahan ini merupakan idea penjajah. Oleh sebab itu, ramai dikalangan kita bila disebut Islam, hanya tertumpu kepada ibadah semata2.

5. Fanatik : Ini agak politik sedikit, dimana kesilapan PAS ?? Fanatik agama sehingga tidak balance keduniaan dan keakhiratanya. Sepatutnya, perlu balance kedua2nya. Di mana kesilapan UMNO ?? Fanatik budaya dan bangsa. Ini lagilah teruk, takda balance langsung antara agama dan dunia.

Pokok pangkalnya, berfikir ke atas sesuatu perkara yang berlaku. Membuat penelitian dan merumus dengan seadilnya. Barulah kita membuat sesuatu keputusan.
| edit post
0 Response to 'Berfikir, Meneliti, Merumus, Menyimpul.'