Harga Minyak Dan Lain2 Barang Meningkat Lagi ??

Posted On 8:42 PM by dr-fritzs |

Aku pasti, ramai yang dah tahu hal ini. Kenaikkan harga minyak yang nampaknya seperti agak tidak logik. Mana tidaknya, dari seringgit lebih 1 liter naik ke 2 hinggit 75 hen. Sapo yang tak bengang. Dan itulah yang amat2 merisaukan diriku.

Bila harga minyak naik, secara automatiknya, harga barangan lain pun akan naik, lektrik pun naik, itu dan ini pun naik. Aduhai... macam manalah aku nak survive naik sem ni. Dengan bergantung ngan duit ptptn kadar separuh aku ni.... mampu ke aku nak tampung perbelanjaan aku nanti?? Takpa2...Hadapi segala rintangan dengan kesabaran dan senyuman. Hehe...

Wateverpun, apa yang menariknya, walaupun Malaysia telah menaikkan kadar harga minyak, tetapi patut dibanggakan kerana Malaysia antara negara yang mengekalkan subsidi minyak kepada warganegaranya. Jika dibandingkan contohnya Singapura, nagara mereka tiada subsidi dan harga minyak petrol seliter di sana bersamaan RM 4.XX lebihduit kita. Malaysia juga merupakan negara yang masih bertahan daripada kemelut kenaikkan harga minyak ini.

Tatkala negara-negara luar meningkatkan harga Minyak mereka, kita masih mencari jalan terbaik untuk tidak terlalu melambung harga minyak kita.

Kenaikkan harga minyak tiada kaitan dengan kerajaan. Harga minyak dipengaruhi pasaran dan saham dunia. Ramai yang menyalahkan pihak kerajaan akibat tindakan ini. Aku bukanlah nak memihak mana-mana belah pihak. Aku cuma nak nyatakan hakikat.

Serangan A.S pada tahun 2003 ke atas Iraq memberi impak yang bermakna bagi seluruh masyarakat dunia. Kenapa?? Sebab penguasaan A.S secara rasmi ke atas Iraq serta hasil makhsul buminya. yang paling penting ialah minyaknye lah. Sejak itu, harga minyak menjadi tidak stabil dek sebab A.S yang durjana itu. Ironiya kat sini, Pak Lah naik takhta tahun bila ekk ?? So ye kalo anda ada terbaca penulisan ini, pandai2 la faham dan kaitkan sendiri.
| edit post
0 Response to 'Harga Minyak Dan Lain2 Barang Meningkat Lagi ??'