Malaya Un Civilized ????

Posted On 3:50 AM by dr-fritzs |

Apa benarkah sekiranya jika penjajah tidak datang ke Tanah Melayu akan menyebabkan kita menjadi masyarakat yang tidak bertamadun seperti apa yang kita kecapi sekarang ini???

Tajuk ini mungkin ada yang tidak bersetuju, dan mungkin ada yang bersetuju. Tetapi kalau aku, aku bersetuju. Sekiranya penjajah tidak menjajah Tanah Melayu, jangan haraplah kita akan menikmati zaman yang kita ada sekarang ini. Kenapa aku cakap macam itu ??

1. Sebelum kedatangan penjajah, kita berada dalam kehidupan feudal. Feudal bermaksud kita sebagai rakyat yang hidupnya duduk di bawah telunjuk seorang sultan. Rakyat merupakan hamba yang tidak mempunyai kuasa dan hanya menyerahkan diri kita kepada sultan semata-mata. Sebab itu pada ketika itu, tidak berlaku sebarag kemajuan kepada Tanah Melayu.

2. Harus diingat, kebanyakkan orang kita tersalah anggap mengatakan bahawa Melaka merupakan negara atau empayar yang masyhur sekitar abad ke 15. Pandangan itu benar, akan tetapi, kemajuan yang sebenarnya yang dicanangkan dalam buku2 teks Sejarah menyatakan Melaka merupakan pusat perdagangan dunia, serambi Mekah dll, itu semua dusta. Hakikatnya, perdagangan hanya dijalankan oleh para pedagang luar. Rakyat Melaka langsung tiada terlibat. Yang terlibat pun cuma golongan istana yang mengambil keuntungan cukai perdagangan. Rakyat hanya menjalankan kehidupan mereka cam biasa. kalau jadi hamba, hambalah ia, kalau jadi petani, petani lah ia.

3. Senang cerita, perkembangan sosial masyarakat rakyat tidaklah begitu menonjol sehinggalah kedatangan penjajah terutamanya Inggeris @ British. Kedatangan mereka ini pun pada permulaan hanya tujuan perdagangan. Tapi atas sebab berlakunya pergolakan kuasa di Tanah Melayu seperti di Kedah Sultan Muhammad Jiwa, di Johor, Perak, Selangor menyebabkan penjajah mengambil peluang menjajah negara ini. 1824, Singapura jatuh ke tangan British melalui Stamford Raffles. 1876, pengambilan Pulau Pinang oleh Francis Light atas kurang bijak nya sultan Kedah ketika itu menyebabkan satu persatu negeri di Tanah Melayu jatuh ke tangan mereka.

4. Masuk ke era awal abad ke 20, setelah sekian lama di jajah, orang Inggeris pun dah syok abes sapu segala hasil mahsul ekonomi negara kita ni. Walaupun begitu, secara tak langsung, rentak dan irama corak budaya mereka terserap kepada jiwa2 orang Melayu. Pembukaan sekolah2 Inggeris dan Melayu akhirnya membuka fikiran orang2 Melayu yang dahulunya nak sangat ikut telunjuk Sultan kepada jiwa hendak merdeka. Nasionalisme pun lahir.

5. Tak tahulah sama ada org putih ni bodoh atau tidak memberikan pendidikan kepada orang Melayu sehingga ramai tokoh politik muncul pada waktu itu. Ini semua kesan daripada pemberian pendidikan sehingga mereka terbuka fikiran untuk meredeka. Lahirlah KMM, PETA, KRISS, UMNO, dll.

6. Sepatutnya, tiada lagi istilah rakyat pada zaman sekarang ini. Istilah " RAKYAT" menjurus kepada pengabadian seseorang kepada sultan. Rakyat ni, macam hamba yang hina kerana diri mereka ini adalah milik sultan. Sultan berhak nak wat apa pun kepada dia. Satu yang menarik, orang2 dulu cukup bangga sekiranya anak mereka menjadi gundik kepada Sultan..Iskkk...Iskk.. jadi gundik aku lagi bagus...

7. Selayaknya, sekarang ini, tukar istilah rakyat yang dok kita sebut2 itu kepada warganegara. Itu lebih tepat kepada keadaan negara Malaysia yang bertamadun ini. Kita semua adalah warganegara dan bukannya rakyat yang langsung takda nilai diri.

Cukuplah setakat itu, aku mintak maaf kalo ape yang aku tulis ini ada menyinggung mane2 pihak...
| edit post
0 Response to 'Malaya Un Civilized ????'